|
Kesilapan Biasa Dilakukan Apabila Memulakan Sebuah Laman Web Baru |
Baru-baru ini saya terbaca sebuah artikel mengenai 8 kesilapan yang biasa dilakukan apabila seseorang mahu memulakan sebuah laman web baru. Ianya lebih kepada pilihan yang anda buat. Ramai pemilik laman web telah membuat pilihan yang kurang bijak seterusnya gagal mencapai sasaran yang mereka idamkan.
Kesilapan pilihan yang saya maksudkan di sini ialah:
- Membeli Web hosting murah ataupun percuma - kebanyakan mereka yang baru hendak memulakan sebuah laman web akan tertarik dengan tawaran web hosting percuma ataupun murah. Walaupun dengan memilih web hosting sebegini anda dapat menjimatkan kos, namun, tetap ada kesan sampingan yang perlu anda ambil kira. Web hosting seperti ini akan turut menyertakan iklan-iklan pada laman anda dan iklan ini adalah di luar kawalan anda. Tambahan pula, web hosting seperti ini biasanya mempunyai servis yang lambat dan tidak efisyen. Web hosting yang berkualiti kini tidaklah begitu mahal. Malah, anda boleh mendapatkan web hosting yang bagus dan boleh diharap dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, jangan terburu-buru dalam memilih web hosting. Pilih dengan berhati-hati.
- Tidak membeli nama domain - Jika anda mahu bisnes anda dipandang serius oleh pengguna, jangan abaikan kepentingan membeli nama domain. Kebanyakan web hosting percuma turut menawarkan nama subdomain, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan platform blog. Jangan mudah berpuas hati dengan nama subdomain ini. Nama domain bukanlah mahal sangat. Tidak ada sebab mengapa anda mahu mengabaikan langkah yang satu ini.
- Tidak membeli nama domain yang sesuai - Membeli nama domain yang tidak sesuai kesannya sama lah seperti tidak membeli nama domain. Saya faham, dengan berjuta-juta laman web di luar sana, bukan mudah untuk mendapatkan nama domain pilihan anda. Walau apa pun nama yang putuskan, jangan pilih nama yang terlalu panjang dan sukar untuk diingati oleh pengguna. Lebih baik lagi jika anda dapat sertakan sekurang-kurangnya satu kata kunci di dalam nama domain anda. Serta jauhi nama-nama yang pernah di senarai hitamkan oleh Google.
- Mereka laman web semata-mata untuk menarik perhatian enjin carian - Apabila anda terlalu tertumpu untuk mendapatkan ranking yang tinggi di dalam enjin carian, anda sering kali terlupa akan pengguna yang sebenar iaitu… manusia! Jangan terlalu mementingkan robot-robot enjin carian sehingga anda mengabaikan kepuasan pengguna yang melayari laman anda.
- Menitik beratkan rupa laman lebih daripada isi kandungan - Kebanyakan pemilik laman web terlalu seronok menghias laman web mereka sehinggakan isi kandungan mereka terabai. Memanglah sesebuah laman web itu perlu kelihatan cantik, namun isi kandungan juga merupakan satu faktor yang penting. Jangan terlalu berlebih-lebih dalam menghias laman anda sehinggakan isi kandungan anda tenggelam.
- Tidak memberi perhatian kepada sasaran market - Setiap laman web dibina untuk sasaran market tertentu. Apabila anda seronok membina laman anda, jangan terlalu ikutkan hati dan terlupa akan sasaran market anda. Sebaiknya, reka laman anda berdasarkan apa yang sasaran market anda mahu, bukan mengikut cita rasa anda semata-mata. Apa yang anda patut lakukan ialah memberikan apa yang pelanggan anda mahukan.
- Navigasi yang tidak bagus - Saya paling tidak suka melayari laman web yang mempunyai navigasi yang kucar-kacir. Ianya menyusahkan pengguna untuk mencari maklumat yang diperlukan. Susun navigasi laman web anda dengan teratur dan jika laman anda merupakan laman web yang besar, saya galakkan anda menyertakan sebuah sitemap.
- Mensasarkan kata kunci ataupun keyword yang tidak efektif - Antara cara untuk menarik trafik ke laman anda ialah dengan menggunakan kata kunci yang bersesuaian dan efektif. Ini memerlukan kajian yang menyeluruh dan beberapa eksperimen. Terdapat pelbagai alat yang ditawarkan yang boleh membantu anda dalam hal ini, ssalah satunya ialah Google Keyword Tool.
Pastikan sebelum anda memulakan sesebuah laman web, buat kajian menyeluruh berkenaan dengan kelapan-lapan kesilapan ini agar anda tidak turut membuat pilihan yang salah.
Sumber: SaraHidupOnline.com
|