|
Kebaikan dan Keburukan Menjual Ruang Iklan Secara Terus di Laman Web Anda |
|
Ramai yang mempertikaikan samada menjual ruang pengiklanan secara terus
merupakan satu cara yang bagus untuk memanfaatkan laman web anda.
Mencari pengiklanan dan bersetuju dengan syarat dan keadaan
masing-masing bukanlah satu proses yang mudah. Di sini saya kongsi
bersama pengalaman saya berkenaan dengan perkara ini.
Kebaikannya:
Dengan
menjual ataupun menyewakan ruang pada laman web anda secara terus, anda
boleh menjana keuntungan lebih. Apa yang saya maksudkan di sini ialah,
katakanlah anda memaparkan iklan yang diuruskan oleh Google Adsense,
50% daripada jumlah yang dibayar oleh pemilik iklan tersebut akan
dipotong oleh Google sebagai bayaran mereka. Jika anda berurusan terus
dengan syarikat tersebut, anda akan mendapat keseluruhan bayaran tanpa
perlu berkongsi dengan pihak ketiga.
Dengan menjual atau menyewa
ruang iklan secara terus, anda akan lebih berkemampuan untuk menentukan
jenis iklan dan kedudukan iklan tersebut mengikut kemahuan anda. Anda
juga boleh menentukan iklan apa yang dianggap tidak relevan. Pendek
kata, anda mempunyai kawalan sepenuhnya keatas iklan-iklan yang
dipaparkan.
Kredibiliti laman anda akan meningkat apabila
terdapat syarikat-syarikat sanggup membayar untuk meletakkan iklan di
laman anda. Ini memberi gambaran bahawa laman web anda berkualiti dan
mempunyai trafik yang kukuh. Dengan ini laman anda akan kelihatan lebih
profesional.
Keburukannya:
Ianya
mengambil masa yang banyak. Walaupun menjual ruang iklan mempunyai
banyak kelebihan, ianya bukanlah satu tugas yang boleh diambil remeh.
Anda perlu meluangkan masa untuk mencari pengiklan, berbincang,
mengruskan hal-hal admin seperti pembayaran, pengetahuan statistik,
menghantar laporan dan sebagainya.
Menjual ruang iklan tidak
semudah memaparkan iklan melalui Google Adsense. Anda perlu mempunyai
laman web yang mempunyai sekurang-kurangnya PR5, popular, mempunyai
reka bentuk yang profesional dan isi kandungan yang benar-benar
menepati cita rasa pengiklan tersebut.
Tidak stabil. Melainkan
anda membuat perjanjian bahawa ruang itu disewakan dalam masa yang
panjang, di mana ianya amat jarang berlaku, anda akan terpaksa mencari
pengiklan baru setiap bulan. Kadang-kala setiap minggu. Ini boleh
menjadi satu proses yang berulangkali dan ada masanya amat menyusahkan.
Oleh
itu, jika laman web anda dibina berasaskan hobi dan sekadar untuk
mengisi masa lapang, menjual ruang iklan secara terus bukanlah satu
langkah yang digalakkan.
Sumber: SaraHidupOnline.com
|